Saturday, February 26, 2011

Jenis-jenis Kawan

Imam Al-Ghazali berkata Kawan dibahagikan kepada 3:

1.      Kawan yang pertama ialah kawan yang ada ilmu. Bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat kepada kita. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.

2.     Kawan yang kedua ialah dia tidak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al-Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah.

3.      Kawan yang ketiga ialah dia tidak ada ilmu. Kita ada ilmu tapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam lagi alasan iaitu dia menolak ilmu dan nasihat yang kita bagi. Iman Al-Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manafaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita pula yang terikut cara dan tingkahlaku dia yang membawa kemaksiatan kepada Allah s.w.t

Nabi s.aw. bersabda seseorang itu akan ikut siapa yang dia kawan. Jika kamu berkawan dengan tukang jual minyak wangi dan kamu tidak mampu membeli minyak wangi itu tetapi setidak-tidaknya bau harum minyak wangi akan kena juga pada pakaian kamu DAN jika kamu berkawan dengan tukang ketuk besi, biarpun percikan api daripada ketukan tidak kena pada kamu tetapi bau asap api akan kena juga pada pakaian kamu.

p/s: untuk peringatan diri aku sendiri

Photobucket

4 comments:

Afiq Din said...

nice share :)

L.O.V.E hUnTeR said...

Sama2 kita mengambil iktibar..:)

KHAIRUNNIESA said...

salam..nice entry..thanks share..

L.O.V.E hUnTeR said...

wslm.. sama2 kita perbaiki diri..:)