Saturday, March 12, 2011

Hollll!!! Hollll!!! Holidayzzzzzzzzzz!!

Sambil menaip entri ni rasa mcm nak melompat-lompat je..hahahha
Kelmarin hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal pertama..
Da 3 bulan tak balik tanah tumpah darahku, Kedah tercinta..sob sob sob
Mr Hubby ckp smpai aku mengingau dlm tido memanggil-manggil abah n mama..huhu

Kelmarin aku sudah pastikan semua kerja aku siap..
Exam English ari Rabu aritu..
Ari Khamis aku setelkan marking semua exam scripts..
Kelmarin siap post mortem..hohoho
Kawan-kawan sekerja jeles abeh..kah kah kah
Takpela diorg memang warga tempatan..
Aku dgn semangat balik kampung kalah bebudak aku..hoho

Entahla, seperti biasa aku dgn title teacher garang..
Dulu pon mcmtu tp aku dikelilingi dgn kasih sayang bebudak aku...
Tapi sekolah ni dgn title mcmtu, bebudak kalo boleh nk berperang dgn aku..
Dr segi latar belakang sesuatu tempat walaupun dua2 sekolah kampung, Selangor mungkin tak se'warming' Kedah..
Aku masih ingat, dulu di Kedah cikgu2 kalo pagi2 jejak je kaki kat kawasan sekolah, bebudak akan berlumba nak tolong angkat barang2..
Tapi kat sini, tak sorang pun ada kesedaran wat mcmtu..
Pandang cikgu2 angkat barang sebelah mata je..
"Kena suruh tolong" mengikut kata rakan2 sekerja..
Sampai mcmtu ke?
Kekadang cikgu tu nak terjatuh tangga angkat brg berat, tapi xjugak gi tolong..
Memang kritikal sikap bebudak sini..

Aku masih menjalankan tanggungjawab aku, tapi kekadang rasa satu perasaan kosong kat tempat baru ni..
Setiap kali dengar lagu "Cari Jodoh" oleh Wali Band odw nak gi sekolah: yg memang kalu kwn aku taw kena kutuk rapat..hahaha
Aku mesti rasa hiba terkenang anak2 murid aku di Kedah..
Bebudak aku yg nakal2 dulu kenalkan..hahaha
Aku selalu rindukan diorg semua n aku doakan semoga diorang berjaya di masa depan..

Aloq Setaqqqqqqqqqqq!!!
am comingggggggggggggggggggggggggggggg!!!!

Photobucket

1 comment:

Anne said...

Happy Holiday cikgu!! (^^o)