Siapalah yg tak pernah diuji.. Kecil, besar, tua, muda.. Alhamdulillah.. Dalam usia 26 tahun ni, aku bersyukur dipanjangkan umur, dikurniakan keluarga & sahabat handai yg menerima kekurangan diri ini.. Ada yg merasakan pada umur yg muda belia seperti aku ni belum cukup berbakti pada ibu bapa dah pon berkahwin... Aku nk share kisah hidup aku sbg renungan kita bersama!
Jodoh? Jika pusing balik masa dari sekolah rendah hingga 5 tahun sudah, aku pun tak sangka jodoh yg telah ditetapkan untuk aku.. Sungguh! Mungkin para blogger tgk pic2 perkahwinan aku, tgk aku normal, ade yg pelik ka? hahahaha Tapi dlm tempoh 11 thn lepas, aku seorang obesss berat mencapai 86kg! Pic lama ada, tp aku tak ingat simpan mana, nk korek hdd malas lak.. ;p
Sebabnya aku sakit, sakit selama 9 tahun sebelum doc jumpa punca penyakit... Dlm tempoh tu, bnyak yg aku tempuh yg memungkinkan aku lebih cepat matang drp rakan seusia.. Aku pernah diejek bkn setakat kwn atau org luar malah saudara sendiri.. emosi mmg downla membuatkan aku menjadi anti-sosial.. Aku meluahkan bukanlah merintih nasib diri tp manatawu boleh jadi panduan kita semua.. Apabila doc sahkan aku mempunyai cyst di ovari kiri, semua mulut yg mbuat onar terus tertutup! Manusiakan begitulah.. Alhamdulillah semasa tahun 2003, aku dibedah & sihat sepenuhnya.. Berat bdn pon menyusut sendiri jugak selain aku dah boleh bersenam menyebabkan kembali kpd berat normal..
Setahun sebelum aku dibedah dlm thn 2002, aku gagal di matrikulasi, dropout matric la kira atas sbb tertentu gak ni! Tapi aku masih ingat kata-kata lecturer aku, "D, rezeki D bukan di sini.. Allah da rancangkan sesuatu utk D.. Sbb sy yakin D seorang yg tabah & lebih diperlukan utk sst profession yg lain & pengalaman ni utk D dikongsi bersama nnt." Kini, aku terasa kebenaran kata2 lecturer aku tu.. Bermula dr hari aku diisytiharkan sihat sepenuhnya, aku nampak satu demi satu jalan utk membentuk kehidupan aku.. Alhamdulillah 2 bulan setelah dibedah, aku masuk ke dunia perguruan.. Semasa dalam tempoh di sinilah 6 tahun belajar bersama-sama, kwn2 aku pelik melihat perubahan fizikal aku & last2 tak larat cita aku senyum jela...hehe Time belajar ni pun dugaan sgt hebat tp malas cita!hehe Biasala mana ada senang, kalu tak, tak jd manusiala..
Pengajian khatam pd thn 2009, selepas itu terus bekerja(dugaan lg..huu), ujung tahun aku berkahwin dgn Mr Hubby.. Kesah dgn Mr Hubby plak lg menarik..hahahaha Kami ni pernah bersekolah rendah sekali tapi tak pernah terfikir pun kini sah menjadi suami isteri.. Yela, sek men aku bersekolah di SMK Sultanah Asma, sekolah perempuan.. Tak pernah terfikir bab2 lelaki apatah lg kapel2.. Kuasa Tuhan, Dia berikan kepahitan dahulu, utk aku rasakan sedikit kemanisan kmudian..
Dalam kami 4 beradik, aku ditakdirkan sentiasa berada di rumah menemani ibu bapaku sehingga sekarang.. Aku lebih dekat dgn mereka, semua ini perancanganNya sebab abg & adik2 aku bekerja & sambung belajar jauh dr rumah.. Sebelum ni, universiti aku pon sejam je dr umah & sekarang tempat keje lak 20 minit dr umah.. Mak aku pernah kata, Allah dah rancang semuanya disebabkan keadaan aku yg tak mengizinkan sbl ni & utk jg famili... Alhamdulillah.. Walaupun aku da berkeluarga sendiri tp masih ada peluang berbakti kpd orang tuaku & tak sesekali lupa raut wajah mereka setiap kali aku sakit selama 9 thn tu.. Aku seorang yg bercita-cita tinggi & walaupun da berkahwin, bukanlah alasan utk tidak menuntut ilmu & membalas jasa kedua org tuaku.. Learning is a lifelong process & kita diwajibkan menuntut ilmu sehingga sebelum kita menghembuskan nafas yang terakhir..
Aku juga percaya ada insan yang lebih malang dr aku, jd takda apa nak dikeluhkan malah kena sentiasa bersyukur walaupun badai dtg melanda..Peace!
p/s: Jd setiap kali ditimpa kesusahan sepatutnya kita bersyukur sbb menjd insan terpilih!
4 comments:
dugaan tu lah yg akan mematangkan kita~~yeaah
perancangan Allah adalah yang terbaik, kita manusia perlu terima seadanya dan berdoa untuk kebaikkan mendatang...
husband kerja gomen...bahagian apa ?
Suichi & Edy: =)
cikguaziz: Dia bwh MOSTI keje di agensi nuklear msia.. Kenal ke?
Post a Comment