Bebaru ni aku ada terbaca aduan mengenai drama Qalesya ni yang merendahkan martabat guru & pendidikan di negara ini.. Walaupon aku ni bukan kaki tgk tv & aku pon tak pernah tgk drama tersebut tetapi aku sebagai salah seorang warga pendidikan sangat mengambil berat jugak isu2 mcmni... Sebab aku nak jadi cikgu pon tunggang terbalik belajar 6 thn (bleh jd doktor da ni) & masalahnya org yg tak ceburi diri dlm profesion ni sukar memahami apakah sebenarnya dunia perguruan... Contohnya syarikat yg wat drama neh, wat drama tak kaji bebetol, suka-suki je wat... Inilah padahnya.. jom tgk apa tindakan Kementerian Pelajaran:
Siasatan mendapati aduan drama Qalesya merendah martabat guru, memperlekeh peraturan sekolah dan aksi murid gengster berasas.
Pihak Sektor Pengoperasian Dasar dan Keurusetiaan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran juga sudah meminta penjelasan terperinci daripada penerbit drama terbabit.
Kementerian Pelajaran juga sedang meneliti cadangan sektor berkenaan untuk menyenaraihitamkan syarikat penerbit drama.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran
Berita Harian Online: 4 September 2010
p/s: Jika bukan sekumpulan rakyat Malaysia yg membawa imej baik negara sendiri ke mata dunia siapa lagi? Jadi lu pikirlah sendiri!
2 comments:
walaupun gua tak tngk tv tapi gua sokong je..hahahah
hehehe guwe tak paksa no..haha
Post a Comment