Monday, August 30, 2010

Murah Rezeki...Kempen ke-3 ^_^

Alhamdulillah, arini bsyukur sgt.. 

Pertama, surat pengesahan perlantikan da sampai menandakan aku layak minta tukar ikut suami..hehehehe 

Kedua, arini dpt kempen yg ke-3 dr nuffnang kcayangan..weeeeeeee hehe tima kasih kawan2.. I LAP u All buat kesekian kalinye...=)

huhuhu mesti ramai tensen aku asyik update nuff jek..huehue  


Ketiga, akan ku update seketika nnt...!!!!!!!!!!!!! Weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Saturday, August 28, 2010

Arghhhh.. Blogku Dirampas!

ish ish ish... sampai ati Mr Hubby merampas blog ambo sebentar td.. Terkezut tgk blog ni 'terupdate' sendre semasa ambe menunaikan hajat...hue hue hue

Mr Hubby sedang mentertawakan aku..;p
Moral of the story: Sape suruh tinggalkan blog ni ternganga tanpa logout dulu...huhuhuhu

p/s: terima kasih kpd membe2 & boss Mr Hubby yg memberi pesanan penaja...hahahahaha

best

ambo amat gumbira.. terima kasih kepada semua rakan2 yg tak jemu2 msg ambo tadik ye... KALIAN mmg SENGALLLLLLLL...

p/s: adik manisku ada 'hal', ambo amek aleh jap.. MUAHAHAHAHA, mcm menarik jer blog adik manis ku ini

regards,
MR HUBBY

Mood Hepi, Bahagia, Bersyukur..^_^

Alhamdulillah Mr Hubby selamat sampai subuh tadi... Aku lak semalam mengemas bilik tak hengat smpai pukul 3 pg..hue hue hue Pastu adala tinggal sket brg2 keje & album yg aku pikir sempat menyimpan sbl Mr Hubby sampai..

Kebetulan elok aku da habis mengemas lepas sahur, Mr Hubby pon msg bgtawu da sampai... Aku pon terkocoh-kocoh dgn muka bersalah sbb tawu akan lewat menjemput Mr Hubby sbb tak solat subuh lg..hehehe Mr hubby sampai dalam pukul 6.10pagi.. Aku pon terus bersilat, pegi panas enjin keta.. Pastu masuk blek mandi & solat.. Kiranya aku keluar umah 6.30pg..hehe Nasib baik kereta tak bnyak & aku berjaya tempuh 6 traffic light dgn pantasnya & tiba juga dgn pantasnya lebey kurang 10 minit dgn kelajuan 80km/sejam..huhu

Kemudian, senyuman aku meleret leret sampai ke telinga.. Da sebulan lebih tak jumpa.. Mcm nk menitis air mata pun ader..huhu

Terima Kasih Ya Allah, Kau tunaikan permintaan aku yg satu ini...=)


Friday, August 27, 2010

Lady Gaga pemuja SYAITAN

Sekarang isu ini tgh hangat apabila Lady Gaga berkelakuan aneh terutamanya dlm video klip, lirik lagu & pemakaian nya... Memang dr penjelasan org yg mengkaji video2 dan lagunya aku sendiri yakin dia mempunyai agenda tersembunyi di sebalik kepercayaan dia.. Aku sendre pernah terasyik menyanyi lagu Alejandro.. Tetapi Nauzubillah... Rupanya perangkap di sebalik lagu tersebut... Mari sebarkan untuk kebaikan kita bersama...Ada 1 video aku akan cuba upload nanti..

Sekadar berkongsi sebuah artikel yg sy terima di emel dr seorang rakan... credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..         ------------------------------------------------------------------------------------

Pesanan to Alejandro.... Baca sampai abis yek...

Assalamualaikum.. Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..

Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan .Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu .Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi danbeberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman .Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hatibiasa biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..


But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak .. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifatsejati dari kekuatannya.


Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih .Okay jadi boleh nampak kan ..Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro" .Sebaik saja diasebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak sangat simbol salib terbalik .Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas .Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagiagama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan ..

" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name , Don't callmy name, Bye Fernando ..I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakandalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer .Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..


I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus) .Itu adalah tanda berkat bagi ajaranKristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri.Kita yang kena solve apa makna dia..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib ..Gagadah menghina kristian cukup banyak dalam video dia .Gaga menyanyisambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
" Don't call my name,Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "


Dan di akhir video ...Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings ..Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control ..Oleh siapa ? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni ?Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spirituallain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah ...


Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia . Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragudengan diri Gaga ,tindakan nya dalam setiap video. tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini ,berhentilah mendengar lagu Gaga.Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah) .Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai.Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan iahanya lagu) dan pada saat itu ,apa akan jadi ? Ya Allah ,lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutu nya.. Amin ya rabbalalamin. Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

------------------------------------------------------------------------------------
 Tak perlu minta izin, silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain..

Credit kepada penulis asal yg sy tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat..

Begini Rupanye Dunia Blogger

Ohhhhh... Br ada satu kesedaran... Rupanya bila kita rajin blogwalking, seolah-olah mcm melihat 1 dunia yg baru kat sini..  

Ada yg relaks-relaks sudah, ada yg serius , ada yg informatif, ada yg cool steady, ada yg penuh lovey-dovey & tak kurang jugak yg bergaduh sesama blogger..huhuhu Hakikatnya, semuanya melalui manusia jd tak dpt lari, semua peel ader termasukle aku..hehehe

Aku nk kata aku baru, baru jugakla mengenal alam berblog secara sosial sbb sebelum ni dah lama secara private je.. Jd sila beri tunjuk ajar...=)

Cemburu seorang Isteri..

Cemburu... Orang kata bahaya, ade gak org kata perlu nk semarakkan sesuatu hubungan... Aku rasa aku ni terdiri drp golongan yg lambat paham istilah cemburu sbb aku ni mmg siput sedut....huhuhu laki aku suke kutuk aku pnggei aku siput sedut time kapel dolu2 sbb aku lambat pick-up story..hehehe

Mr Hubby seorang yg senang cemburu,jd aku kena jaga tatasusila aku ni.. Aku reti la nk jaga batas2 idop..hehe Aku biesa wat Mr Hubby sgt sedih jadi aku insaf tak berani da wat sesuatu tanpa berfikir dulu..huhu Aku akui aku dulu agak lurus, aku anggap orang yg hulur persahabatan ikhlas semuanya.. Dah org nk kawan, namapun 'kawan', disebabkan sifat siput sedut aku, aku betol2 anggap kawanla.. Manala aku tawu laki kalo nk berkawan tu, ada maksud tersirat... ye ke?? Adala yg betol2 nk berkawan tp dalam 5% je kot..;p

Tapi bagaimana lak kalo aku cemburu? Aku mula belajar istilah cemburu bila Mr Hubby cerita pasal bekas kekasih nye time awal perkenalan.. Perkara pertama yg buat aku jeles aku ingat sgtla, pasal panggilan manja..huhuhu Aku dengar tetiba rasa berdesing telinga sbb dgn aku, dia tak panggil mcmtu pon..huk..huk Tapi skang ape yg tak dipanggei..hehehe Aku kalo rasa cemburu aku berterus terang je.. Tp Mr Hubby diam je & dah lamer br tawu dia jeles rupenya..ish ish..

Macamana cemburu ni hilang? Sampai sekrang pun aku takda jawapan.. Aku pun heran mcmana kami buleh survive dgn perasaan cemburu ni... Tapi kekadang bila tawu pasangan kita cemburu, rasa seronok gak..hehehe Aku rs dgn perasaan yg mcmni kami buleh survive kot...

Kenapa aku cerita pasai cemburu? Sebab aku tgh jeles r neh..huh!
Mr Hubby & kesayangannya...;p

Layout Idaman!

Yesh! Td check Leelou Blogs (buleh klik di atas), html code utk layout idamanku sudah diperbaiki...heeehooo! Inilah layout idamanku, jatuh cinta pandang pertama katakan..hehehe Comel tak?! heeee

Selamat menyambut Nuzul Quran

Selamat menyambut Nuzul Quran..=)

Harini, pas subuh n tadarus sambung tido & aku telah terlajak tido smpai zohor..huhu bgn tido terus mandi, solat & tadarus..  Aishhh, aku perlu mengemas bilik yg berselerakan akibat hasil2 seni aku selama seminggu..huhuuh Terasa rimas, lemas, sempit... Tp tak gerak2 lagi, mengadap laptop je keje...hehehehe

OK!!! Fokus!!!!!!

Thursday, August 26, 2010

Mata bulan sabit..

Hari ni, mata sgt cepat layu.. mengantuk sgt tp kugagahkan jua dari lepas berbuka smpai terawih.. Skarang dah pening2 tahan ngantuk.. Nape ye, 2,3 arini aku asyik tertido depan laptop.. Terjaga pukul 4,5 pg da nk dekat sahur da..huhu

Maybe tanpa sedar otak & body  aku sgt letih.. Puasa ni still stayback kat sekolah everyday.. Plus aku susah tido ptg.. ingat lg time study dulu, jeles tgk rumate senang tido pas blek kuliah, aku lak paksa diri tido..huhu Tp tak berjaya smpai ke mlm & pernah alami imsonia yg mengakibatkan sakit kepala.. Sekarang da jarang berlaku.. 


Ikutkan ati sgt gumbira! sbb Mr hubby akan pulang ke pangkuanku Sabtu ini, insyaAllah.. pertama kali nk berbuka puasa bersama-sama semenjak berkahwin...=) InsyaAllah Doakan kami...






Gadis2 bertudung PERSENDA ZIKIR..

Astaghfirullahala'zim... Ape nk jadila budak2 zmn skarang, terlampau nak berseronok sampai tak tahu mana salah mana betol, jelas menunjukkan kejahilan....nauzubillah


Terkejut sgt td tertgk kat FB... Dr komen2 video tersebut, aku tgk ada seorang hamba Allah yg da ambik tindakan dgn memaklumkan institusi pelajar2 ni berada.. Beliau sendiri tak berani nk konpem betol ke institusi tersebut tetapi pihak institusi di utara itu akan mengesan pelajar2 tersebut.... 

Mudahan bebudak tu da bertaubat... Aku tak sanggup nk upload video yg menghina Islam oleh org Islam sendiri.. Nk tgk klik cni sendiri ye Gadis2 Bertudung Persenda Zikir

Sape yg rekod & upload tu pon aku pelik gak.. Apela tujuan.. Wallahulam

Wednesday, August 25, 2010

SAYA ANAK MALAYSIA..^_^

Walopon pitching ade lari sket tp okla dlm dok posa ni depa larat melalak lg..hehehe


p/s: alhamdulillah gomen bg duit raya..syukran ya Allah..=)

Wassup Mak! Wassup Pak!!! =p


Cutttttt!!!!!!

Amacam? OK tak?----adegan penampaq & yg jd anak tu, kolar baju jd ala sam dol kan bebudak tuh punya keje ler...huhu

p/s: ni training utk penutup ari kebangsaan 30hb neh.. sambungan lagu koir tungggguuuuuuu!




Tadaaaaa! READY 2 COMPETE!!! Owh!Owh!

Welkam 2 4 Bestari!!
1 Msia aku wat mlm ahad lepas smpai pkol 3 pg.. wording tu wat kt skool je pehtu minta tlg pekerja panjat letak ctu..hehe
kelas aku da uzur cat sbb slalu masuk ujan
belah kanan kelas..
belah kiri kelas
bendera kecik bebnyak tuh aku lukis,fotostat bebanyak & suh budak2 kaler biru kuning je, merah tu aku lekat kertas warna.. Pehtu aku laminate bg tahan lama..Bendera besar kat atas tu aku wat sndre.. CD2 tu br td aku gantung..
ha, merdeka 53 tu br td aku wat, dpt idea spontan dlm stengah jam siap!hehe
teacher pon nk jugak..wawawa
br lekat td je gambar sultan sultanah kedah
ni jela sempat aku carik~~sajak
almari ni sgt uzur, bhgian atas da pecah.. Aku ajou diorg balut n hias.. Da berthn minta almari baru tp tak dpt..hurm
yg ni rahsia aku dpt mana..hahaha aku ske geledah stor!
hiasan blackboard

p/s: Esok pentadbiran akan ambik markah!

Tuesday, August 24, 2010

Politik di Sekolah

http://politicalhumor.about.com/od/politicalcartoons/ig/Political-Cartoons/Obama-s-Schools-Speech.htm
Yeee, ni bkn politik negara tp sekolah... Maksudnya politik menjaga kepentingan dre sndre... 2, 3 ari ni aku keje lari pegi ke bilik kaunseling, erk bkn wat rawatan jiwa ye puan tuan..^_~ tp wat keje kat ctu utk mengelakkan dr tjebak dgn politik rakan sekerja.. Nama pun bulan puasa baik mengelak dr menghangatkan suasana.. Lgpon tak ske amek port menyibuk hal org len.. Aku suke duduk dgn budak2 aku... LG BEST!!!! Buleh layan mcm anak sndre.. kan, kan, kan... Menumpang kasih anak murid sebelum menunggu rezeki Allah nk bagi..

p/s: Skang barula aku tawu kenapa MR Hussein (lecturer aku dulu) ske lepak dgn kami dr dok dlm opis...T_T

Terkenang arwah...

hurmm.. da ngantuk, ingat nk abeskan blogwalking pastu tido.. Tetiba nmpak sahabat punya blog.. Saje tgk2, n mata terpaku terlihat nama Nali Natalia bt Zakaria (klik utk entri) sahabat yg juga aku anggap adik yg baru pergi mengadap Ilahi awal bulan ni.. Tiba2 rasa sedih terbit lg di hati.. bnyak pics kenangan dgn arwah tp ada pd suami..  Sentiasa kenang arwah dlm doa.. Al-fatihah..

Monday, August 23, 2010

Peniaga: Ikutla etika berniaga yg betul


Aku terpanggil nk berkongsi tajuk ni lepas berbuka puasa td.. Bila rasa kueh tu tak kena, ni tak kena, aku terpikir jugak, org yg berniaga ni br belajar buat tadi ke sebelum jual?? 
Contohnya pulut udang, feveret aku.. Nmpak sedap tp masuk je mulut, senang cerita aku rasa aku makan garam sbg juadah berbuka... Akibatnya terpaksa humban dlm tong sampah.. Dr kena darah tinggi kan..

Mari renungkan maksud keusahawanan dr perspektif Islam
maksud: KEUSAHAWANAN ISLAM MERUPAKANPROSES PENCARIAN,PENGEMBELINGAN
& PEMANFAATAN KURNIAAN ALLAH UTK FAEDAH SENDIRI, UMMAH & MAKHLUK ALLAH YG LAIN SEBAGAIMANA YG DIGARISKAN DI DALAM AL-QURAN & SUNNAH
 
Senang cerita, kita kalau kerja ape sekalipun kita mestilah serve yg terbaik.. Pelanggan beli dgn duit, mestilah setimpal dgn apa yg dijual.. Nampak org lain berniaga untung, kita pon nak jugak tp ilmu masakan tak khatam lagi.. 

Mari kita lihat di antara etika2 keusahawanan Islam:
---KEBENARAN (JUJUR & TELUS, TIADAUNSUR2 PENIPUAN) 
---BERILMU (PENTING UTK KEMAJUAN &KESEJAHTERAAN UMMAH) 

Apapon kita buat nawaitu penting kerana Allah swt.. barula semangat menuntut ilmu tinggi.. Pada pendapat aku, kalau nak berniaga kita kena guna kaedah cuba jaya esp makanan. Kita kena test try bnyak kali sukatan bahan sehingga dpt yg terbaik.. Lepas tu catat kalo takut luper.. Walaupun bulan puasa, makanan yg kita jual maintain rasnya.. Contohnya, aku puji murtabak yang wajib abah aku beli.. Maintain sedap dr awal beli.. Tak berubah rasa.. Sbb peniaga tu sukat siap2 suma bahan2.. Org kata hendak seribu daya..

Aku highlightkan salah satu ciri usahawan berjaya dr perspektif Islam:

ciri: SENTIASA MENJAGA KUALITI (LAKUKAN SESUATU DGN TERBAIK)

p/s: kredit kpd Scribd

wah!! Dpt BE yg kedua!! Thanks Nuffnang!!

hohoho.. alhamdulillah, rozeki... Ingat td sesaje nk check nuff, sekali ternmpak angka da berubah... hehehe Tak smpai sebulan alhamdulillah dpt BE kedua...Rezeki Ramadhan.. Alhamdulillah.. Ni semua berkat kerajinan kawan2 bloggers yg klik nufff... TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KPD ANDA SEMUA... Walopon sbenornye apela nak dikecoh aku neh..huhu sket je pong..huhu Cuma rs seronok, sket2 lama2 jd bukit.. Bak kata rakan bloggerku Miss Lolly.. Sila2 jenguk blog beliau yg secute tuannyer.. :)

p/s: Kempen MUFORS ni ada aku wat entry aritu sbb mmg menarik pertandingan yg diorg anjur.. Boleh check sini ---->Sapa Nak RM10 000?? Utk STUD UNI & KOLEJ..

I LOVE U ALL!!! hehehe

Merangkak.....T_T

hurmmm, letihnya... Br smpai umah pukul 5 td.. Ngantuk pon ade.. Peyot meragam plak da.. Wat aku lg lembik.. Blek lambat sbb menghias kelas.. Kelas pon pack pg td tu tpaksa stay smpai ptg... Mcm rutin idop lak sejak keje cni... Wuarghhhhhhhh! Cepatle pertandingan abes, nk abeskan suma cepat2... huhuhuu

Membe ajak buka posa tp jauh plak kat dlm town, malas nk drive blek malam2 neh, tak konfiden..huhu kansel jadiknye.. Lgpon peyot meragam, wat rugi duit je mkn sodap2, mahal2..acehhhhhh hahaha Marilah elakkan pembaziran.... chiow!

Sunday, August 22, 2010

Teacher Cantek bukan Comeyyyy

wawawa.. Arini 5 masa aku brtapa kat kelas aku.. Pas 3 masa aku, sambung relief terus 2 masa, membe sejawat amek cuti.. Alang-alang, make over kelas ler ape lg... Bebudak aku buleh tgk je aku wat, bila minta tolong suh buka pelekat double-sided tape, sepuloh org mari..huhuhu Nak boh double sided tape pon kiranya aku jd artis fofular jap kena kerumun smpai tak buleh bernafasss.. erhhhh Last2 diorg wat keje sndre, bila tanya nape tak tolong buleh plak diorg ckp "Teacher rajin, jadi kami tak payah buat," Ampesss.. Kalo nada perli paham gak aku... Ini nada pernyataan yang bersifat benar, tak tahan aku dengar..hahaha

Dalam menempek sana, tempek sini, aku pon ghajin pi layan mulut kecik diorg... Budak kelas aku ni ada sepasang, digosipkan sbb si gurl ni selalu simpan barang si boy, kongsi same2(sepupu benarnye)...Aku keje usik diorg..hehe 
Pehtu tabiat bebudak kelas aku ni, mcm kita la dulu2, yg nk tnya org lain, tp malu tnya suh kwn tolong tnyakan.. Aku pon usikla ketua kelas aku yg dok depan sepasang ni, dia tolong tnyakan bg pihak si boy. 

ketua kelas: hadapan kiri  ---sepasang: dua dr hadapan kanan

"Ha, yg kamu tnya bg pihak dia ni da jd bini no 2 dia ka?"tersipu-sipu malu dia.. 
Akupun sambung, "Jgn dok jd bodyguard dia, dia nk tnya dia tnya teacher terusla, pelik sgt da depan teacher suh kwn lak tnya. Bek kamu jd bodyguard teacher, teacher lg comelll mcm CT Nurhaliza," kih3.. 

Bebudak semua gelak, pastu adela sora sahut menyahut, tp si ketua kelas aku ni kalo segan dia ske mengeliat bdn sambil tersengih-sengih..
"Ha, KK! Teacher tak comei ka, takmou jd bodyguard teacher?"asak aku lg..
Sambil tersengih "Teacher bkn comel, comel utk bdk2, teacher cantek.." sambil ngeliat-ngeliat bdn.. Kalo sape2 dengar sora dia btol2 mcm sora bdk darjah 1.. cumil je bdn pon kecik!hehe Aku tergelak dengar jawapan dia.. Takpela, bkn senang anak murid nk puji, masih di awangan...hahahahahah


p/s: kelas da 60% siap!


Adesss.. Tipah tertipu..wuuu---

Akhirnya aku pakai layout ni, da download lamer da layout ni & ni br cube.. Aku suker jugak! Walopon sbenarnye aku nak yg school zone layout tp diorg tersilap upload layout lain..huhuhu Takpe2, sabar2, nnt da hupdate, aku serbu lain! hoho

Aku rasa aku suker...

Tetiba td ternampak hupdate Leelou Blogs.. Ape lagik layout baruler & berseswaian la plak dgn aku..hehehe Aku nk tukar layout lg ah..hehehe layout sbl tak smpai pun sebulan lg...kih3 Sesapa yg ske layout cumel2, silalah ke link tersebut.. Tak nyesal punyer...hehe

Saturday, August 21, 2010

Pindah!!

I wish I could be there
Port feveret~~Dapo!
Nmpak letih tp hepi..=)
Ptg td Mr Hubby bersusah payah mencuci~~ Khamis ni da msk umah ni without me...=( Takpe, tnggu cuti nnt... =)

Maher Zain & Lepai

I feel much better now... Emosi pun da stabil...erm.. malu plak bc entry td..hehehehe Dr ptg td sbenarnye bnyak keje nak wat, esp pertandingan menghias kelas sempena bulan kemerdekaan tu.. Disbbkan anak-anak aku yg 33 org tu br berumo 10 thn, jadi teacher kena wat semua.. Panjat-memanjat, tampal-menampal, jerit-menjerit~~oopppsss suda... =p hehe 

Patut ptg td nk mula wat tp tak sihat lak.. Pas dis entry nak mula wat.. Niat aku nk bg anak-anak murid aku seronok, tp tak sangka lak kakak2 seniorku yg semangat lebey..huhuhu Dat's d spirit!! Tp diharapnya sekadar utk memeriahkan suasana.. ------tetiba rs sejuk------- ("-__- )

Tomorrow am planning 2 introduce d Maher Zain songs 2 my sweety pies! Penerimaannya will update.. Well, mcm citer Great Teacher Onizuka, ade jer at least 1 kelas yg memeningkan cikgu2, jd aku terpikir maybe melalui nasheed modern & lirik penuh keinsafan ni menarik minat diorg yg mmg terpisah sket dr arus kemodenan esp internet2 neh.. Who knows, bebudak ni berubah ke..

Bebaru ni aku trick d year 5 class..hahaha len kali crita & nmpaknya diorg terkedu jap & ada yg nmpak insaf tp wallahualam... Kids... paksa sgt tak boleh, kena bnyakkan reverse psychology... Tak setuju?hehe Tu pandangan aku, memasing ada cara sendre..~~GTD (LoL)

Adik Manesss....

hahaha... Laki aku suke pnggei aku adik manessss dr sbl kawen lagik.. Tetiba ptg2 mcmni teringat plak... Aku rs tak berapa sehatttt, asyik belahak angin je smpai loya2 pening nk muntah bagai.. Tetiba rs rindu kat laki sendre bila tak sehat mcmni... Br je dia kol td br blek dr mngemas umah baru kami di putrajaya, terus ke office mlm ni keje... Siannnn En husband..

Adehhhh, bila dtg ari yg rs sunyi terlampau...ermm, tiap2 ari pon sunyi.. Bila aku tgk blek mcm sadis je idup aku.. Keluar bilik hanya time mkn, g bilik air, basuh kete, membe ajak kuar yg amat jarang, tu jela.. Kebanyakan masa abes di sekolah, depan tenet.. tuan KPM tolongler transferkan sy dekat suami..huhuhu Da 8 bulan kawen, tp terasa mcm kapel dulu gak.. Jumpa sekali sekala, cuti2... Adoi, tseksa lak rase...isk..isk Sorang utara, sorang selatan... Wahai hati, bersabarlah dikau....=(

Terngiang-ngiang adekkkk manesssssssss..@_@

Gengblogger GHAIB sejak semalam

Adakah aku ja yg tak buleh log in gengblogger.com@ memang gengblogger da kena hack@DOS attack ka@server down ka? Maybe server down kot...

Sapa Nak RM10 000? Utk Pelajar Universiti & Kolej


Mari2!!! Jgn lepaskan peluang ni...Pertandingan menghasilkan filem pendek bertemakan Road Safety!! Esp kpd mahasiswa mahasiswi, tunjukkan bakat kreativiti anda kalau la da penat2 belajou pasai producing films neh.. hehe

Iklan ni sy secara tak sengaja terbaca iklan nuffnang blog sy neh, n sy print screen sbl ilang mcm chipsmore..heheh Sy sbg teacher bpendapat aktiviti mcmni sgt sihat untuk support kempen road safety neh.. Sambil2 mana tawu rezeki anda nk dapat RM10 000 tuh... wow! Weeeee!! 

Go to link----->Malaysian Unite for Road Safety

Friday, August 20, 2010

Aku nak KUCINGGGGGGG!!!!

I serah dre... Ambikler I....wuwu
Arghhhhhhhhh! mukabuku telah menunjukkan kucing gebu, gemok, montel, kaki pendek, mata bulat! Aku nak kucinggggggggggggggggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! nyau,nyau,nyau...

p/s: Babangggggg, pleaseeeeeeeeeeeee??? [kelip-kelip mata kunun comel=p]

Tanganku sakit---Babyku Berkilat WOW!!

Baby bucuk!
ya ya..huhuhuhu Arini, seperti dirancang nak cuci calat baby ku setelah 2 mnggu tak mandi, busyuk! lalalala Jd dgn semangatnya pegi tesco nak beli perfume keta tp lain dibelinya--->wax.. Disebabkan tak puas ati beli baby baru aritu, tak berkilat sbb kena ujan jadiku beli jua..wawawa lari bujet..huhuhu Lgpun baby kotor sgt, serangga apa tah kecik2 melekat kat hadapan baby terutamanya, cuci biesa pon tak keluar doh..

Start mencuci calat keta start pukul 3.30 ptg lg lepas blek dr ziarah mertua.. Panas siot, terbakar mukaku..huhhu raya kena pakai bedak sekilo...hoho Basuh keta kejap ja cincai mancai.. wax yang berzaman.. Waduh, wax pon tak jalan penangan serangga kecik2 neh..huhu yg kasar2 ilang, ade yg halus2 jenuh aku tonyoh smpai jari aku keras tak boleh bengkok, tak ilang gak.. Menaip ni pon azab je rasa sakit sebelah tgn kanan...
TAKPE! Esok aku sambung kilatkan kau babyku smpai sakit mata org atas jalan...huahahaha riak takbur tol..huhu oklah, nak rehatkan tgn...ufufufufu chiow!

Thursday, August 19, 2010

Lagi2 Video MALAIKAT---Kejahilan

Aih, bulan posa ni patut bnyak sabar tp mmg marah sgt ni.. Aku ingatkan pasal video malaikat ni da abes cerita da.. Sekali aku terpandang la dalam FB aku, ada 1 laman utk yg berumah tangga @ ke arah itu, memaparkan lagik.. Yg aku tak buleh blahnya, buleh blah le plak ade org defend tu MALAIKAT!!! Ape besar sgt ke dre tu yg ko biesa tgk malaikat???!!! Aishhh... Aku minta maafla sape2 yg terasa aku bercakap straight to d point ni.. Masalahnya bila ko seorang beragama Islam bercakap tentang malaikat mcm ko Tuhan, itu da salah... Itu lagi menunjukkan betapa jahilnya diri tu... Umat Islam, kalau dalam dilema ke, kekofiusan ke, kita wajib kembali kepada Al-Quran dan hadith atau rujuk blek kpd alim ulama'... 

Aku bersyukur sgt, Ustaz Esa Deraman ada menyebut perihal ni, dan juga menyatakan bahawa orang yg amek gambar tu jahil, tukang post pun jahil dan yg percaya pun jahil..Asal putih ja "malaikat" bak kata ustaz.. Sedangkan Al-Quran dan Hadith tak pernah menerangkan kecuali malaikat berasal dr cahaya.. Bila pikir blek, patutla Yahudi ni selalu pikirkan cara nak sesatkan umat Islam.. Sbbnya sesetengah dr kita, mmg jahil bab ilmu agama.. Aku tak kata aku hebat, riak takbur lak okeh.. Aku cuma SEDEY sgt2 bila baca komen2 yg aku baca td tuh...haish Minta simpangla anak murid aku pon terjebak...

Apapun, kita patut tahu betapa pentingnya ILMU itu supaya kita tidak mudah dipesongkan akidah.. Ayat Al-Quran yg pertama turun pun berbunyi IQRA' (BACALAH) jadi aku nak serula supaya kita sentiasa mencari ilmu yang bermanfaat supaya kita dapat beramal dan bukan menyesatkan lagi org len... Nauzubillahi min zalik

Sabda Nabi Muhammad saw, "Aku pernah berpeluang bertemu dengan salah seorang malaikat yang membawakan risalah wahyu untukku. Dan aku dapati jarak antara cuping telinga dan bahunya sahaja adalah bersamaan dengan jarak perjalanan yang sejauh 700 tahun lama...nya". (riwayat Abu Daud)

Buffered Earning?? Bonus Raya?? Aku Keciwa...T_T

Wah, wah, sronok je tgk semua org dok update blog pasal dpt BE.. Walopon aku sbenornye tak phm pon ape jadah BE neh...hihihihihi Br je 2 minggu terlibat dgn nuff neh.. sy budak br belajar.. ^_^ Aku tgk aku maintain je 1 BE tu...--------->errrrrr, aku rs ar diorg dok ckp BE2 neh... hehehehe Sejak aku dpt ritu mggu pertama msk nuff My First $$$$ from NuffNang!! hoho ------> dok mcmtu je.. Aku pon tak phm sgt...erm, maybe aku kurang amek kesah, dpt takpe, tak dpt pon takpe... ish ish ish, mmg takda wawasan tol! hohoho Mcmana nk dpt duit raye lebih...aiyayayaya

Bonus raya tak dpt yg wat aku kuciwa juga.. huhu Dahler gaji akan dtg ni je utk dipertahankan smpai bulan depan.. Sabou jela..Baju raye pon tak beli lagi.. Segala kelengkapan raye la tak beli lagik..haish Dahler first time sambut sebagai bini orang, sepatutnya meriah tpppp.. Kalo tak zmn bujang dulu kalut gler kalo time2 neh tak beli lagik.. hurm, maybe laki aku jaoh jadik semangatnye kurang... Aku jelessss tgk org len, dok skali, abg aku yg dok serawak terpisah dgn bini pon da jupa posa sekali.. AKU?????? hurm, lonelyyy... hei, MRS lonely.....huhuhuhu

Wednesday, August 18, 2010

Lalok ape neh--------dang!

uhhhh, uhhhh I feel lost 4r a while... Dem tired, otak tak centre, keliru, konpius, merapik... Ape neh... memacamla bercampur dlm otak neh, mlm ni mimpi bendera kejor aku pe~~huhuhu Arghhhhhhh! Tekanannye nk hias kelas...dowhhhhh

Tetiba teringat berita aku baca td sbl buka posa pasai anak beranak kena curah cuka getah oleh ayah/suami ka Iblis bertopengkan manusia... Yela, bulan posa ni setan suma kena belenggu...haish @#$%^&*()))_!!!! eishhhhh, geram je bace suratkabor skang, pelik2 n manusia makin hilang nilai keperimanusiaaannnnnnn... Bagi dok zaman Nihon blek baru tawu langit tinggi rendah... eeeeeeeeee!!!!!

Tuesday, August 17, 2010

Perang Bendera!!!!! Perang Patriotisme!!!!

Dalam kita menyambut puasa, bulan ni jugak bulan kemerdekaan.... Jadik aku yg mmg kena humban jd cikgu sivik juge pon kena la heret terlibat sekali dlm merancang aktiviti panitia sepanjang bulan ni.... Bertambah lagik keje! Yeay!!! Alhamdulillah...hehe

Semalam dgn semangatnye la aku nk buka bendera yg setiap kelas dpt... Semangatla nk hias2 neh, dgn gumbiranya tnya ketua kelas aku, mana bendera teacher tak sabaq nak tempek neh...!! semangat! semangat! .........Tetibe semua pon tgk aku, mata melilau menembusi belakang aku, kanan, kiri semua abesla... Tetiba aku pon terus la menaikkan antena radio aku.... "Ape?????!!! Hilang???!!!!!!" arghhhhhhh geramnye... Hilang gak sabou aku neh.. 

Sepanjang thn ni rasanye kelas aku ni tak sah kalau takda harta benda yg hilang... Segala penyapu, penyodok sampah, pemadam papan hitam abes da kena curik.. Bendera pon depa nak kebas.. Bab budak2 kelas aku ilang duit toksah ckpla.. aiyayayaya Aku kekadang mcm nak tersyak budak kelas aku tapi probnya tiap2 petang ade kelas kafa, tasmik, & bebudak darjah 3 & 5 pon selalu dok pecah masuk kelas aku.. Jadi aku pon tak tawu nak syak sapa... Bgtawu pentadbiran diorg pon takleh wat pape... Patutkah aku pasang perangkap????

Kejadian bendera kena curik kelmarin, ketua kelas aku kena bertanggungjawab gak, aku soh boh dlm almari, dia tinggal merata, da emas depan mata sape yg taknak... EEEEEEEEEE!! Aku dpt ko budak kecik kaki mencuri, aku suh cat kelas aku yg da mmg uzur tuh! huh! 

Aku pon buat drama merajuk dgn bebudak aku kelmarin, aku tak mau msk pertandingan hias kelas, kelas kita jgn msk pertandingan pape pon... uhuk3 ala..ala drama hindustan.. Lepas tu, seblum blek bebudak aku dtg jupe aku, diorg ckp "Teacher, teacher nnt kami ganti blek bendera. Dia nk beli, dia tu nak beli.. Semua 10 bendera teacher!" Aku pon dgn gumbiranya mendengar trus terubat luka di ati... hehehe Tp last2 guna duit kelas la, bertuah la depa nk beli... Arini aku pon tnggu la 10 bendera tu tp hampeh, adela sorang budak sedekah 1 beso, n sorg lg 1 kecik... Haih, kanak2 bulan posa ni kamu duga aku sungguh..huhu Last2 td aku wat bendera sendre..huhu Nnt kelas aku da cantek2 aku amek gambo post cni eh...hohohoho

Sunday, August 15, 2010

Aku Teacher.. Aku Polis??? Aku Doktor? Aku Carpenter???

SUPER Teacher!!!!
BATU PAHAT – Cadangan oleh Presiden Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran (Kongres), Jemale Paimen untuk memberikan kuasa polis tambahan kepada guru terutamanya guru disiplin dipersetujui tetapi kajian yang mendalam perlu dilakukan, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Hurmmmm... Ini sedutan berita dr Perkhidmatan Pelajaran aku dok usha dr ptg & semenjak itu aku terpikir pikir. Sbb pa aku kalut nak pikir sgt neh eh... huuuuuu sbb aku juge teacher merangkap cikgu disiplin sek aku.hegu.hegu.hegu!! aku pernah memaparkan roti panjang satu!!! sila,sila klik kalo nk tawu lebey lanjut.. ^o^ dimana aku dgn hormatnya diberi award oleh anak murid aku sbg cikgu ketiga paling garang kat sekolah... apola, bg no ONE bangga gak aku..hehehe


Adakah aku bersetuju dgn cadangan tersebut? Aku pon ragu2 jugak.. Mmg benar akan menambahkan lagi beban tugas guru tp bila pikirkan bebudak zmn skang yg peel menjadi-jadi, logik jugakla supaya ada satu mekanisme pegawalan tingkah laku & of course melindungi cikgu-cikgu yg skang ni kerap dipersalahkan akibat campur tgn pelbagai pihak..tetttttttttt


Walupon aku guru yg br setahun jagung tp aku mmg salute ah pekerjaan ni, tgkla skang ni gurula polis.. Doktor jgn ckp r, bebudak sakit hampir tiap ari, kekadang sakit jadi tetiba sbb takut kat teacher mcm aku..hegu.hegu. setelah dibg ubat baik punya(jgn salah phm ye..tazkirah je!=p) terus ilang sakit..hahahaha wachaaaaaaaaaa!

Teacher Lembik, Anak Murid Energetic.. Adeyhhhhh

Sila tonton dulu haaaa

Comei tak anak murid aku?? hehehe aku ske rakam aktiviti diorg dlm kelas..Ni salah satu persembahan dr 6 kumpulan.. Bila tgk blek rs sejuk ati.. Nak kate sejuk peyot, marah lak mak diorg..huhu

Alkesahnye arini, aku sgt2 tak larat berckp sbb dehydrated akibat proses perpeluhan yang melampau waktu assembly (kena pakai blazer punya pasal..wuuu) n minum air tak cukup sahur td..wuwu Nseb bek update post menaip je..hehehe

Aku gagahkan jua dre menjalankan tanggungjawab di kelas tp aku warning siap2 rrr suh diorg dengar arahan aku btol2, aku tak mau rr ulang 10 kali mcm selalu aku kena wat..huhu Alhamdulillah bebudak ni phm lak teacher diorg da mcm ikan kering..hehe Tambahan lak ni second class aku masuk, yg 1st kelas da abes sebaldi air liuq..kui3

Kebetulan la plak arini aku plan lesson utk diorg act & kebetulan arini diorg terlebey gula kot sahur pg td, bertenaga mak aiiiii, berceretekla idea diorg time suh wat groupwork to come out with a dialogue.. Smpai tak terlayan aku.. (T_T")
Tp hasilnya amat membanggakan.. Clap!clap! sape kata anak kampung tak reti speaking london haaaa...=p Walaupun a bit grammatical errors here n there TAPI My Year 4 babies, Teacher Mamamaa 'D'..hehe so PROUD of u olllllll! muahhhhhhh

Friday, August 13, 2010

L.O.V.E HuNtErSSS

Why L.O.V.E HuNtErSSS? hahaha Bila suami aku tnya brla aku terperasan... Aku pon tersedar gak aku tak terang btol2 eh..gahahaha Kecik ati suami, dia ingatkan kaseh syg yg diberi tak mencukupi lg sehingga aku memburu melalui penulisan...hahaha Memula dulu mmg aku terpikir nk wat blog santai tp semenjak pemergian sahabat, aku terasa insaf dgn kebesaran ALLAH.. Kini aku menagih memburu cinta Allah.. Blog ini hanyalah utk berkongsi ilmu, hatta pengalaman sekalipun, yg buleh membawa kebaikan... Sebenarnya dunia penulisan bkn asing lg sbb sejak sek men aku suka buat novel..hehehe tp pegi manatah novel2 tersebut..


Sebenarnya ini bukan blog pertama aku.. Ni blog kedua.. Blog pertama dulu yg bermula October 2008 penuh dgn penulisan ilmiah di mana aku membantu lecturer aku buat research & in English shj dipanggil academic writing.. Dimana kami membuat post dan rakan2 blogger akan membetulkan kesalahan grammar or jus gave opinions on how 2 improve our writing.. Nk usha buleyh------- http://www.onekyh.blogspot.com
Acehhhhhh, mcm glamer je sesuka ati nk terang asal-usul blog...huhu


Nk tuju buat suami tersayang... Jika memburu cinta seorang insan, sudah lama kumiliki iaitu kamu... Kini, kuburu cinta Allah supaya hidup kita selamat dunia akhirat... InsyaAllah... LOVE U..=)
Watak aku & suami diinterpretasikan oleh sahabat baikku, MOMO dlm bentuk kartun

Thursday, August 12, 2010

I LOVE KIDS!!!! + headache (LOL)

This is my second year celebrating Ramadhan at my workplace.. My kids, primary kids would always make me laugh, mad, n sumtimes I dunno how 2 describe my feelings..It is all mixed up! hahaha Yes, kidsss do say d darndest things! I still remember my Year 4 kids:
W &S: Teacher, teacher beranakkan bila?
Me: (I was like, am I tooo fat dat I look like jus delivered a baby???) Haaaaaa?
W &S: Teacher beranakkan bila? Maksud, teacher beranakkan aritu bila?
Me: Errrr, teacher tak beranak lg syg, teacher mmg gemok mcmni..huhu
W &S: (They laughed..huhu) Bukanla teacher, mcmana nk ckp, teacher kena beranakkan  bila??
Me: (suddenly it rhymes)..( T_T") Oh! Kamu berdua nk tnya teacher punya tarikh lahir?
W &S: Ha ! yesss....(tersengih-sengih)
Me: Gosh!

The year 4 pupils even know how 2 write love letters and when being nagged, d boys admit to me dat they aren't being circumcised yet...huhuhu 
AKU: Kamu da sunat ke yg nk bercinta ni? 
DBOY: Belum lg! (jwb & geleng pala dgn konfidennya)
Adehhh, nak berleter lg pon tak jadi nk tgelak tgk muka dia blur konfiden ngaku..huhu

Well, d above scenarios rarely happens n wat had happened today, d part where I burst out, ANGRY, MAD!!! happens almost everyday...(T_T) Wahai anak-anakku jgnla kamu duga aku sgt bulan posa neh.. abes pahala aku..huhuhu


STILLL!!! I LOVE THEM ALL!!!